BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 28, 2010

Cinta itu seperti garam..

Amir dan isterinya sedang berada di dapur.

"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini."

Amir tersenyum.

"Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula

yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah."

Aisyah berkata,

"Tugas memasak, abang serahkanlah kepada Aisyah. Abang sudah seharian bekerja untuk mencari rezeki.

Kini giliran Aisyah pula untuk melayani abang. Memasak dan melayan abang adalah kerehatan untuk

Aisyah."

Amir berkata,

"Malam ini, biarlah abang yang memasak untuk Aisyah. Bukan selalu Aisyah dapat merasa masakan abang.

Aisyah bimbang masakan abang tidak sesedap masakan Aisyah?"

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Masakan abang tentulah sedap, tetapi tidaklah sesedap masakan Aisyah."

Amir tersenyum dan membalas,

"Masakan abang makin bertambah sedap. Selepas ini Aisyah akan merayu-rayu meminta abang supaya

memasak untuk Aisyah."

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Aisyah tahu, abang memasak menggunakan perencah kasih sayang, sebab itulah masakan abang makin

bertambah sedap."

Amir tersenyum dan bertanya kepada Aisyah.

"Sayang, berapa banyak garam yang perlu abang masukkan ke dalam masakan ini?"

Aisyah menjawab,

"Abang masukkanlah garam dengan secukup rasa. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit."

Amir menjawab,

"Boleh sayang tolong abang untuk masukkan garam ke dalam masakan ini? Abang terpaksa mengalah,

sayang lebih pakar dalam hal memasak berbanding abang."

Aisyah tersenyum dan menolong suaminya.

"Abang tahu kenapa kita kena masukkan garam dengan secukup rasa sahaja? Kenapa tidak boleh terlalu

banyak atau tidak boleh terlalu sedikit."

Amir menjawab,

"Tukang masak profesional mahu menguji abang, ya? Kalau terlebih garam, masakan akan jadi masin dan

kalau terkurang garam pula masakan akan jadi tawar."

Aisyah tersenyum.

"Kalau garam perlu dimasukkan dengan secukup rasa, bagaimana pula dengan cinta?"

Amir tersenyum dan menjawab,

"Abang mungkin kalah dengan Aisyah dalam hal memasak, tetapi abang tidak mahu kalah dengan Aisyah

dalam soal cinta."

Aisyah tersenyum dan Amir meneruskan kata-katanya,

"Abang berikan cinta abang kepada Aisyah dengan secukup rasa. Cinta yang abang berikan kepada Aisyah,

tidak lebih dan tidak kurang. Semoga cinta antara abang dan Aisyah tidak akan melalaikan kita daripada

mengingati Allah."

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Aisyah cinta kepada abang. Kadang-kadang,

Aisyah rasa abang adalah pakar bius. Aisyah dibius cinta."

Amir tersenyum.

"Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta

abang."

Pesanan untuk orang cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada

manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan

mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.


Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah

hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.

Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap

keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk

pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada

kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu

dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk

setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang

cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran

manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam

hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia

dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!!!

Bagaimana bidadarimu??

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan

engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku

membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau

kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk

memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

Mana Satu Pilihan Hati

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman..

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian

tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya

mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh

seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan.

Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.

Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta

sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak

bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh

mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada

emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.

Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak

memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala

saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan

cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai

lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-

kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru

besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan

pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami.

Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan

pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika

berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil

sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau

tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si

lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang

akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.

Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak

menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan

pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat.

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.

Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah

dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan

dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu

menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan

haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita

mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah

yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh

hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna

ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh

sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk

kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu

jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada

orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya

setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu

pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah

sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana

mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali

yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk

mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.

Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah

nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik

dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.

Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya

bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia

adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak

nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah

ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si

lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang

ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu

dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah

dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik

anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak

sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air

mata yang mengalir ke bahu saya.

Thursday, November 4, 2010

Andai Seorang Perempuan Itu Datang

alt
Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...


Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang...

Kerana Indahnya Pelangi

Petang itu hujan lebat menyimbah bumi Shah Alam, Selangor, salah sebuah negeri yang terletak  di selatan tanah air semenanjung Malaysia.

Kedudukan yang strategik ini menjadikan Selangor negeri yang paling pesat, dek kerana jumlah penduduk yang ramai dan pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan setiap tahun.

Tidak hairanlah negeri ini agak panas berbanding negeri-negeri lain, kerana terjadinya pulau haba bandar.
Sudah hampir setahun aku di negeri ini, menjadi penuntut di UiTM Shah Alam dalam program asasi kejuruteraan..

Cuaca sejuk semasa hujan ini sememangnya dinikmati sebaiknya  oleh semua penuntut.

Ada yang sudah menarik selimut, bersedia untuk memejamkan mata, ada yang meneruskan 'study' namun tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk duduk seorang diri sambil merenung ke arah hujan, memikirkan rahmat di sebalik hujan itu dan penciptanya.

Subhanallah, sesungguhnya setiap yang diturunkan oleh Allah ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya.
Guruh yang berdentum dan kilat sabung-menyabung benar-benar menggangu konsentrasiku untuk belajar. Aku lantas menutup tingkap dan menurunkan langsir, bimbang sesuatu yang buruk berlaku..

Aku kemudian duduk kembali di meja studyku dan beristighfar panjang, moga-moga  hatiku ini tidak terlintas untuk memarahi Allah kerana menjadikan guruh dan kilat.
Terus aku teringat akan kata-kata Heliza dalam filem Syurga Cinta...

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah"

Aku tersenyum sendirian,  kerana ungkapan inilah yang menjadikan aku disini hari ini.
Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu. Mungkin bagi orang lain, ungkapan ini nampak biasa, tapi bagiku ia besar maknanya.

Ciptaan Allah yang begitu indah

Hingga hari ini, tidak ada seorang saintis pun yang mampu menyaingi pelangi ciptaan Allah.
Sesungguhnya, dari situ kita dapat lihat betapa Allah tuhan yang Agung dan Esa.
Segala memori lalu masih segar dalam ingatanku. Kisah bermula semasa di alam sekolah menengah lagi.
Dengan izin Allah, berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang, aku ditawarkan ke salah sebuah SMKA di negeri utara tanah air.

Pada mulanya aku agak terperanjat.
"Adoiii... sekolah agama lah pulak... Confirm tudung labuh ni... parah-parah... "Aku mengharapkan agar ditawarkan ke salah sebuah sekolah berasrama penuh, kerana kakak sulungku juga  bersekolah di sekolah berasrama penuh.

Ummi dan abahku bertanya sama ada aku mahu masuk sekolah itu atau sebaliknya. Lidahku kelu untuk bersuara. Nak diikutkan hati, tidak sangat tetapi kalau tak dapat tawaran lain, tak ke malu dengan kawan-kawan yang dah dapat masuk asrama.

Lantas aku menjawab "Macam ni lah ummi, abah... kak ngah nak tunggu sampai minggu depan... kalau tak dapat tawaran mana-mana jugak, kak ngah pergi sekolah tu. "

Ummi dan abahku tersenyum, dan aku pula serabut memikirkan apa yang bakal berlaku.
Benar seperti apa yang sering dikatakan, janji Allah tidak siapa yang bisa mengubahnya, walau sekuat mana kuasa sesorang itu.

Sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali, aku ditempatkan di sekolah agama tersebut. Selama 5 tahun berada di sekolah itu, aku diajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru.
Di sana, kami didedahkan dengan solat jemaah, usrah,  tazkirah, majlis-majlis ilmu dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan.
Seperti salah satu ayat Al-Quran

"Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Aku benar-benar terkesan dengan ayat ini.
Benar, aku sendiri akui aku bukanlah baik sangat  sebelum ini, cuma aku bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingkan agama dalam kehidupan.
Justeru, mudah untuk aku terima semua yang berkaitan agama suci ini..

Semakin lama mempelajari semua ini, aku sendiri dapat  menyedari perubahan dalam diri.
Hatiku menjadi sangat lembut, mudah tersentuh dengan apa sahaja  dan yang paling aku syukuri hati ini juga yang kadang-kadang menangis memikirkan dosa-dosa lalu dalam solat-solat malamku.
Syukran Ya Allah... Syukran... terima kasih kerana menganugerahi aku hati ini dan semoga kau lindungi dan pelihara hati ini dari  terjerumus ke jalan-jalan yang tidak diredhai olehmu. Amin...

Langit tak selalunya cerah

Hidup tak selalunya indah, kerana hidup ini umpama roda. Ketika berada di atas, jangan terlalu bermegah kerana kita mungkin berada di bawah, dan ketika di bawah, percayalah suatu hari nanti kita boleh berada di atas.

Akan tetapi fitrah manusia biasa, mahukan yang baik dan indah belaka. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak ujian dan dugaan yang datang, untuk menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita kepada Allah.

Kata orang, ujian itu sebenarnya tanda kecintaan Allah kepada kita.
Tahun 2009 adalah tahun yang amat penting bagiku dan juga rakan-rakan sebayaku. Tahun ini, kami akan menjalani satu peperiksaan yang bakal menentukan hidup kami, iaitu SPM..

Tahun ini juga menjadi titik-tolak pengislahan  sebenar kepada diriku. Dugaan pertama datang ketika keputusan peperiksaan percubaan SPM diumumkan.
Aku merasakan seperti ada yang tidak kena. Hatiku gundah gulana, resah memikirkan apakah keputusan peperiksaanku.
Biarpun hanya peperiksaan percubaan, ia amat penting kerana soalan-soalan merangkumi semua topik tingkatan 4 dan  tingkatan 5. Justeru, aku anggap ia seperti SPM sebenar..

Ketika keputusan dipaparkan, aku lihat dari jauh rakan-rakan ku  berebut-rebut mencari nama dan melihat keputusan.
Lantas sahabat baikku, Izzah Hanani mengajakku melihat keputusan.

"Eh Ira, hari ni result keluar kan. Jom kita pergi tengok nak. Izzah rasa dah ramai yang tau result diorang. Kita je belum tau. Jomla.."

Aku berhenti menulis dan memasukkan pen yang dari tadi rancak bergerak untuk menulis nota syariah islamiah di dalam 'pensel case' biru kesayanganku..

Kalau diikutkan hati, entah mengapa agak berat untuk aku pergi namun memikirkan sahabat baikku sejak tingkatan satu itu beriya-iya mengajak, aku gagahkan jua kaki ini..

Kami bersahabat sejak tingkatan satu. Ketika di tingkatan 3, Alhamdullillah kami berdua berjaya mendapat 9A dalam PMR dan diletakkan di kelas yang sama juga di tingkatan  empat.
Ketika dalam perjalanan melihat result, sahabatku bertanya;

"Kenapa ngan Ira hari ini, senyap je... selalu dia yang banyak mulut... time result plak selalu dia orang yang semangat... hari ni monyok je"

Aku tersenyum kelat. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Sebetulnya fikiranku kosong.

"Entahlah Izzah, hati ni rase tak sedap je... takut dapat result teruk... hari tu jawab macam tak yakin jew... "

"Oh... itu sebabnya monyok je... takpelah Ira... Ira dah buat yang terbaik... dah usaha dan doa... sekarang tinggal tawakkal je... apa pun keputusan Ira, anggaplah ia yang terbaik dari Allah... kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... ingat tu..." lantas memeluk bahuku dari belakang..

Begitulah indahnya berukhwah, andai diikhlaskan kerana Allah. Pasti Allah menghadiahkan kita seseorang yang dapat membuat kita tersenyum ketika dalam kesedihan.

Ketika dalam perjalanan itu, kami berselisih dengan Ayu, rakan kami dari kelas 5 Al-Khawarizmi, yang juga roommateku. Nampak tersenyum-senyum bahagia je Ayu tu. Mesti result ok, fikirku.

"Ayu, dah tengok result ke?"Izzah memulakan bicara, sekadar menyapa kerana kami bukanlah rapat sangat..

"Dah... korang belum ke? aku dapat 8A... no dalam form no 7... saiful pun dapat 8A, no dalam form no 5... beza sikit je... yahoo!!sukanya aku... tu lah, sekarang terbukti kan... walaupun korang sibuk-sibuk nasihat kat kita orang yang couple-couple ni, result kita orang maintain tau... lepas ni kan ira, bolehla kau cakap kat kawan-kawan BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani) ko tu... tak yah sibuk-sibuk nak nasihat dan cegah-cegah maksiat ni... buang masa... terbukti couple ni taklah salah seperti yang korang suka hebohkan tu... silap hari bulan, lepas ni ahli-ahli badani yang jadi 'hot couple' kat sini... haha..." Ayu ketawa besar lantas melangkah meninggalkan kami.

Aku tunduk dan beristighfar panjang atas tuduhan yang dilemparkan. Benar kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Meskipun bersekolah di sekolah yang ada tertulis A (SMKA), tidak semua penuntut akhlaknya "A"..

Kerap kali dihidangkan dengan tazkirah dan perkongsian ilmu yang membincangkan azab Allah akan sesiapa yang melakukan larangannya, namun sebahagian dari kami masih tegar malah tanpa segan silu ber 'couple', berkirim surat dan lain-lain yang membawa kepada zina hati. Nauzubillah, semoga aku terlindung dari golongan itu..

Izzah yang menyedari perubahan air muka di wajahku terus memujuk..

"Alah... biarlah Ayu tu nak cakap apa... macam la Ira tak tahu mulut dia memang laser... sabar je... Allah sayang tau orang yang sabar... tak baik kalau Ira simpan dendam... nanti  ada titik hitam dalam hati... jom cepat kita pergi tengok... masa rehat tinggal 10 minit je lagi ni... kejap lagi time fizik... Teacher Haniza tu kang, kalau masuk lambat... tahu-tahu jela... silap-silap belajar kat luar kelas kita hari ini..."
Aku tersenyum mendengar kata-kata Afiqah..

Aku tersentak dan terus terduduk di atas kerusi batu yang diletakkan berhampiran dengan papan kenyataan peperiksaan itu. Apa? 5A je aku dapat? Astaghfirullah... biar betul ni... Ya Allah, hebatnya ujian kau kali ini... berilah aku kekuatan... Sesampainya kami di sana, kawan-kawanku masih ramai.

Dengan bersesak-sesak, aku berusaha mencari nama ku. Aku mencari namaku di helaian pertama di penjuru kanan, yang  memaparkan nama pelajar-pelajar dari no 1 hingga no 20... kira 'top20' dalam form lah... Hah! nama aku tak de? Biar betul ni, tak kan tercicir kot. Selalu nama aku dalam senarai top 10, paling tidak top 20..

Kenapa kali ni tak de? Dalam helaian itu, dapat aku lihat nama Izzah berada di tempat ke-3 dengan 10A... Oh, tahniah sahabatku... macam mana pulak ngan aku? Aku terus melihat ke helaian seterusnya di sebelah dan aku terkejut melihat namaku berada di atas sekali, bermakna aku dapat no 21 dalam form!!

Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Seolah-olah aku mahu menjerit sekuat hati. Mahu menangis dan meraung sepuasnya... Biar semua orang tahu betapa kecewanya aku dengan result itu..

Pada mulanya hanya beberapa titik air mataku gugur, namun ketika melihat Izzzah melangkah gembira ke arahku, mutiara jernih yang aku tahan-tahan sejak dari tadi turun lebat membasahi pipiku. Oh sahabatku, seandainya kau tahu perasaanku ketika ini...

"Ira, Izzah dah tengok result kita dua. Ira sabar ye, mungkin  bukan rezeki Ira kali ini... "ucap Izzah tenang

"tapi kenapa Ira, Izzah??... kenapa Ira... kenapa bukan orang lain, kenapa? Apa salah Ira? Apa dosa Ira??

Cakap Izzah, cakap..."

"Ira, ingat Allah, tak baik Ira macam ni. Seolah-olah Ira tak redha dengan apa yang Allah bagi. Kan semua ni datang dari Allah, siapalah kita untuk mempertikaikannya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ira kena sabar dan kuat"

"Memang Ira tak redha, memang Ira marah, marah sangat-sangat, Izzah cakap senangla. Izzah dapat result ok, sesiapa yang dapat result  ok memang akan cakap macam tu!!!!!!"

Aku menjerit sekuat hati, melepaskan perasaan yang dari tadi terbuku. Aku tidak menghiraukan lagi rakan-rakan kami yang melihat aku menjerit. Pasti mereka terkejut, tidak pernah melihat aku dalam keadaan sebegitu..

Aku berlari pergi membawa diri sambil menangis, kemana harus aku membawa diri, aku sendiri pun tidak tahu, biarlah... biarlah apa orang nak kata... biarlah kaki ini yang menentukan arah langkahku...

Cuma dalam fikiranku, ada satu tempat yang terlintas. Tempat yang menjadi penenang hati buat setiap insan. Tempat yang menjadi rumah kedua selain asrama kepada pelajar di sini, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Aku pasti, aku pasti akan ke situ, lantas mempercepatkan langkah sambil mengelap air mata yang masih lagi turun.

Izzah yang aku tinggalkan terpinga-pinga, melangkah longlai masuk ke dalam kelas. Bukan tidak mahu memujuk, tapi  melihat aku dalam keadaan begitu, dia lebih matang dalam membuat keputusan. Moga-moga kau dapat tenangkan diri sahabatku, doanya untukku.

"Ok kelas, saya mintak maaf. Hari ni saya tak dapat mengajar sebab ada mesyuarat dengan pengetua tentang rumusan peperiksaan percubaan kamu semua. Saya nak nanti Zulhilmi, pergi meja saya dan ambil 'worksheet'. Saya dah siapkan, ada 25 soalan semuanya merangkumi  topik-topik tingkatan lima. Dan saya nak, kerja tersebut mesti dihantar atas meja saya apabila masa saya tamat. Jelas kan arahan saya?"

"Bermakna kamu semua tak boleh keluar dari kelas dan mesti siapkan kerja yang diberi. Kalau boleh buat sendiri dan jangan tiru kawan, kerana dari situ kamu dapat tahu kelemahan kamu dimana. Kelas berikutnya saya akan bincang soalan-soalan yang tak dapat dijawab."

"Faham semua? saya tak nak lepas mesyuarat nanti saya dengar ada cikgu-cikgu yang komplen kelas 5 Al-Farabi bising. Kamu kelas yang terbaik, mesti tunjukkan peribadi yang elok juga, saya keluar dulu" tegas kata-kata yang dituturkan oleh cikgu fizik yang kami panggil Teacher Haniza itu.

Di sebalik ketegasannya itu, dia seorang yang yang sangat penyayang. Berkat ketegasannya juga, keputusan fizik kelas kami tidak pernah mengecewakan..

Di masjid, aku duduk menyandar di  dinding  sambil memeluk kaki. Meskipun sudah berhenti menangis, aku belum bersedia untuk ke kelas, di tambah pula dengan mata yang bengkak dan muka yang merah. Di  saat keseorangan sebegini, bermacam perkara bermain di fikiranku.

Aku pantas mengingat kembali peristiwa yang berlaku. Yang pasti, aku mendapat result yang teruk hari ini.

Ya Allah, besarnya ujian yang kau berikan hari ini. Apakah dosaku Ya Allah? Aku study, aku solat, aku doa, aku hormati guru  malah aku tidak pernah terlibat dengan couple-couple, serba- serbi aku jaga. Apa lagi yang tidak cukup? Aku bermonolog sendirian..

"Benar kau sudah study, doa, solat... tapi mungkin Allah belum kabulkan permintaan mu. Sabarlah.. dia akan makbulkan, cuma masanya belum tiba. Dia mahu kau terus berdoa dan meminta daripadanya. Sesungguhnya Allah rindu untuk  mendengar rintihan hambaNya. Dugaan ini untuk mendekatkan diri kau dengannnya" suara imanku berbicara.

"Ahh... lagi-lagi usaha, balik-balik doa, bosanlah kalau macam ni, kau dah buat semua tu, sepatutnya kau dapat ganjaran yang setimpal!.." syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan.

"Astaghfirullahalazim... tak baik kau marah sebegini, andai kau marah, pada siapa kau marah? pada Allah bukan? layakkah kita untuk memarahiNya, sedangkan Dia yang mencipta dan memberi nikmat kepada kita? Setiap yang datang itu dari Allah, sepatutnya kau bersyukur, bukan mengeluh sebegini. Masih ada kawan-kawan yang lain dapat result lagi teruk dari kau, tapi mereka sabar dan redha" Iman masih cuba memujuk.

"Alah... kau tu je yang kononnya baik sangat... solat jemaah, join usrah, hormat guru, tak nak couple-couple, bukan apa sangat pun... cuba kau lihat kawan-kawan kau yang lain, couple juga tapi result lagi gempak dari kau... kalau betul Allah sayangkan kau, Dia tak bagilah ujian macam ni, sedarlah sikit... "

"Jangan terpedaya dengan kata-kata syaitan itu. Kuatkan iman, ingat apa yang kau pelajari dan dengar dalam tazkirah-tazkirah . Ujian yang datang mungkin sebagai teguran  lembut dari Allah. Mungkin cara study salah, dan mungkin juga ada kesalahan-kesalahan kecil yang kau abaikan... Allah mahu kau muhasabah diri...

Andai tak diberi ujian begini, kau tidak akan sedar, kau akan rasa kau selalunya betul sedangkan tidak... kerana kau hanya  insan biasa yang lemah, kau bukan seperti nabi yang maksum!!"

"Tapi Allah sendiri dan janji dengan firmannya.. berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan  doamu... Hah, Allah sendiri dah janji tapi tak bagi pun. Allah dah memungkiri janji kepada kau!! Allah tak adil! buat apa lagi kau ikut perintahnya, Dia tak pedulikan kau lah..."syaitan belum mahu mengalah..

"MasyaAllah, sekali lagi jangan kau marah pada tuhan, mengucap... beristighfar... Yaa... Allah memang sudah berfirman akan memperkenankan doamu... namun kau harus ingat, Allah juga ada 99 sifat mulia. Dia tuhan Yang Maha Mengetahui dan Yang Memberi  Rezeki..

Kaji  pula firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 284-286. Antara firmannya:-

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya..."

Allah mengetahui yang kau boleh memikulnya... Yakinlah, jangan kau berputus asa.. Ini baru dugaan yang kecil...

Lupakah engkau, semasa zaman rasulAllah dahulu, lebih hebat ujian yang ditempuh oleh nabi kita dan sahabat-sahabat... kemiskinan, kematian keluarga, sahabat di medan perang... tapi mereka tidak kecewa, tidak resah... malah redha dengan ketentuan Allah, hingga sebahagian dari mereka telah pun dijanjikan masuk syurga... "

Aku tersentak ketika mendengar suara seseorang yang cukup aku kenali memberi  salam.

"Assalamualaikum... Izzah dah agak Ira kat sini" katanya lembut sambil menyusun langkah kearahku.

"Waalaikumsalam... Teacher tak masuk kelas ke?" soalan pertamaku kepada Afiqah...

"Tak, cikgu-cikgu ada mesyuarat, tapi teacher ada tinggalkan kerja dan mesti dihantar hari ni... jomla kita balik kelas, nanti Ira tak sempat nak siapkan kerja tu. Ira ok kan? Izzah yakin kawan baik Izzah ni kuat orangnya."

"Entahlah Izzah... kadang-kadang  Ira rasa Allah tak sayang kat Ira... Dia tak bagi apa yang Ira nak... Buat apa Ira study lagi, study bagai nak pecah kepala, tengok-tengok result dapat 5A je..." Entah kenapa, kata-kata itu lancar sahaja keluar dari mulutku.

"Ira, sekali lagi Izzah cakap... Ira kena redha, memang susah untuk capai redha ni, tapi usahalah kearah itu. Mungkin hari ni rezeki Izzah, esok lusa siapa tahu rezeki Ira pulak... bumi Allah ni luas Ira, rezeki ada di mana-mana... Yakinlah dengan janji Allah, ingat prinsip hidup kita."

"Put our trust to allah and remember.. allah always be our side"

Serentak kami menyebut pegangan  hidup  kami bersama. Kata-kata inilah yang banyak menjadi pendorong kejayaan aku dan Izzah hingga hari ini.

"Hah... macam tulah orang yang kuat... kuat melawan tipu daya syaitan... kuat juga melawan hawa nafsunya... bukan sekadar kuat fizikal, tapi yang lebih penting kuat untuk bangun setelah jatuh. Dah, jom cepat. "

"Hah... padan muka kau syaitan... hari ni seorang anak adam tak berjaya kau hasuti..." Aku berkata sendirian...

Aku menadah tangan tanda kesyukuran kepada Allah, menganugerahi aku seorang sahabat yang bukan sahaja cantik, bijak, malah membantu aku mencari semula cahaya disebalik kegelapan.

"Kalau Izzah tak datang tadi, mesti aku dah ikut cakap syaitan untuk terus 'stay' kat masjid dan ponteng kelas. Syukur Alhamdulillah... "

Malam itu seperti malam-malam rabu yang biasa, jadual aktiviti masjid adalah ceramah agama.
Dalam organisasi BADAR, aku dilantik menjadi  timbalan ketua biro lajnah masjid.

Semua yang berkaitan masjid dibawah tanggungjawabku seperti kebersihan, keceriaan, peralatan dan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid, termasuk ceramah.

Malam itu, aku berasa tidak sedap badan. Maklumlah, sudah seharian aku menangis. Namun, amanah harus dijalankan.

Dengan bantuan Izzah, aku memanggil Hafiza, AJK di bawahku untuk memberi pesanan.

"Hari ni akak tak berapa sihat la. Fiza 'handle' masjid ye. Panggil semua pelajar berkumpul dan rapat kehadapan... Pastikan mereka tidak bising semasa ceramah. Pesan pada mereka, sesiapa yang bising akak akan panggil untuk bagi kesimpulan dari ceramah ustaz masa perhimpunan ahad nanti. "

"Oh... itu kerja senang je... selalu nampak akak je handle, teringin jugak berada depan semua pelajar... Hehe... Akak jangan risau, Fiza akan buat dengan baik"

"Terima kasih" ucapku ringkas.

Ceramah dari Ustaz Zukilan, salah seorang ustaz yang mengajar subjek  Pendidikan Al-Quran dan Sunnah di sekolahku merupakan antara ceramah yang digemari oleh kami pelajar-pelajar kerana cara penyampaiannya yang menarik dan bersahaja.

Sebelum menunggu ustaz datang, aku menoleh ke arah belakang, meninjau keadaan pelajar puteri. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan terurus.

Hampir separuh dari mereka memegang pen dan kertas, bersedia untuk mencatat isi-isi penting dari ceramah ustaz. Pastinya mereka tidak mahu dipanggil untuk memberi  ulasan. Aku tersenyum.
Nampaknya Fiza menjalankan tanggungjawab yang aku berikan  dengan baik.

"Assalamualaikum anak-anak sekalian..."Ustaz Zukilan memulakan bicara.

"Waalaikumsalam ustaz..." kami ramai-ramai menjawab salam yang diberikan, kerana semua orang tahu menjawab salam itu wajib hukumnya.

"Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnianya kita dapat bertemu seperti malam-malam rabu yang lepas. Hari ni ustaz nak membincangkan tajuk yang ustaz rasa, sangat menarik. Tajuknya adalah 'Qada' dan Qadar dari
Allah, sejauh manakah kita beriman dengannya?"

Aku begitu terkejut dengan tajuk yang dibincangkan malam ini lantas terus menoleh dan memegang tangan Izzah. Sebolehnya aku mahu keluar sahaja dari masjid. Dia yang memahami keadaan diriku, mengeratkan genggaman dan mengusap-usap belakang tubuhku.

Mengapa mesti tajuk ini? Seolah-olah ada kaitannya dengan apa yang berlaku dalam hidupku hari ini.

"Hah... ustaz pasti setiap orang pasti diuji oleh Allah kan... Cuma bentuk ujian yang diterima oleh setiap insan  itu tidak sama. Dan masa seseorang menerima ujian itu juga tidak sama. Kita mugkin lebih dari segi ini, tetapi kurang pula pada bahagian lain. Kalau kita kekurangan dalam sesuatu, jangan rasa lemah, kerana Allah telah menjadikan kita dengan sebaik-baik penciptaan. Pastinya kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi orang yang berjaya... InsyaAllah... Ketika kita ditimpa ujian, jangan kita mengeluh kerana ujian itu boleh bertukar menjadi rahmat seandainya kita redha menerimanya."

"Ustaz bagi satu contoh, katakanlah kamu 'plan' nak keluar dengan kawan-kawan masa cuti penggal nanti... Kira plan yang habis-habisan la... nak shopping, tengok wayang, main bowling dan macam-macam lagi la... Last-last masa hari yang dijanjikan tu kamu tak dapat pergi sebab hujan lebat... kamu mesti rasa sedih, frust, kecewa dan marah. Kiranya ini ujian untuk kamu la... tapi, sebenarnya kamu tak sedar di sebalik hujan itu ada rahmatnya."

"Mungkin seandainya Allah tak turunkan hujan, kamu akan pergi dan memandu dalam keadaan laju. Akibatnya terlibat dengan kemalangan. Nah... itulah rahmatnya, Allah sayangkan kamu dan mahu memanjangkan nyawa kamu... tidakkah kamu sedar?"

"Namun kondisi kita hari ini jauh berbeza dengan konsep islam yang sebenarnya. Setiap ujian yang datang, manusia akan mula menyalahkan orang lain. Kadang-kadang yang lebih dahsyat menyalahkan Allah."

Ingat firman Allah yang berbunyi,

Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu  yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"

Oleh itu, kita kena anggap ujian yang Allah bagi pada diri kita ni sebab dia sayang dekat kita. Dia nak hambanya tak terpesong jauh, kembali mengingati diriNya.

Sepatutnya kita seronok bila dapat ujian, tandanya Allah masih ingat dekat kita walaupun kita dah banyak buat dosa. "terang Ustaz Zukilan panjang lebar.

Kata-kata ustaz membuatkan aku berfikir kembali dan timbul rasa penyesalan. "Tak sepatutnya aku marah atas apa yang berlaku... aku kena redha dan muhasahabah diri... Ya Allah... aku bertaubat kepadamu... ampunkan dosa hambaMu ini... "

Selasai ceramah ustaz, kami solat isya' berjemaah. Itulah uniknya bersekolah di sekolah yang mementingkan aspek agama dalam kehidupan seharian.

Di sebelah pagi, kami berusaha bersunguh-sungguh mencari ilmu duniawi, sebelah malamnya mula diisi dengan pelbagai aktiviti kerohanian untuk memperoleh  ilmu akhirat.

Barulah stabil kedua-duanya, selain membantu pelajar-pelajar di sini mencapai kejayaan yang sebenar dalam hidup. Malam itu aku solat sunat taubat. Memohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan dosa, kerana siang tadi aku mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa syirik kepada Allah.

Itulah hebatnya godaan syaitan, andai iman tidak kuat untuk melawannya, entah kemana diri ini dibawa ke jalan yang sesat.

Dua bulan berlalu, aku tinggalkan kesedihan atas keputusan peperiksaan percubaanku dan bangun menjadi insan yang lebih kuat. Aku gandakan usaha dan doa, moga Allah permudahkan segala urusan.

Hari ini hari bersejarah dalam hidup aku dan rakan-rakan. Persiapan sudah rapi, senjata sudah diangkat, tunggu masa untuk digunakan. Kami melangkah masuk menuju medan perang yang sebenar, iaitu Dewan Saidina Ali.

Dewan yang menjadi tempat untuk kami berjuang, juga dewan yang menjadi saksi atas kejayaan cemerlang pelajar-pelajar ketika keputusan diumumkan. Kami menjawab dengan sehabis baik, berbekalkan ilmu yang diperoleh selama 5 tahun.

Kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang belajar 5 tahun disini, biarlah pulang membawa berita gembira. InsyaAllah.

Selasai peperiksaan selama 2 minggu, kami pulang ke rumah masing-masing. Sebelum berpisah, kami mengadakan salam ukhwah yang begitu sinonim disini. Kami berpelukan, memohon maaf dan berterima kasih sesama sendiri.

Selama 5 tahun tinggal di bawah satu bumbung, pastinya banyak kenangan pahit dan manis yang tidak akan kami lupakan. Aku dan Izzah sempat bertukar hadiah, memandangkan dia akan berpindah ke Rawang atas urusan kerja ayahnya.

Aku menangis, tidak sanggup berpisah dengan sahabat yang sudah aku anggap seperti ahli keluarga sendiri. Dalam suasana begitu, Izzah sempat membuat lawak dengan mengatakan dia berpindah di dalam Malaysia sahaja, bukan ke luar negara.

Masa berlalu begitu pantas. Cuti 3 bulan selepas peperiksaan SPM sudah tamat. Tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu keputusan peperiksaan SPM.

Pagi itu, aku bersiap untuk ke sekolah. Jantung di dada berdegup kencang, sehinggakan malam sebelumnya aku sukar melelapkan mata. Izzah sudah ada di salah sebuah rumah kawan kami. Jika dia bertolak dari

Rawang pagi itu, mungkin dia tak sempat untuk berjumpa dengan aku dan kawan-kawan yang lain.
Aku menutup perlahan pintu kereta setelah sampai. Debaran di dada masih terasa.

"Ummi, kak ngah nak baliklah. Takut lah ummi"

"Lah, kan dah sampai ni. Tak nak tengok result pulak. Apapun yang terjadi, ingat itu yang terbaik dari Allah.

Cepatla, nanti tak sempat jumpa kawan-kawan. "

"Macam mana kalau result tak ok?Ummi marah kak ngah tak?"

"Ya Allah budak sorang ni. Banyak sangat tanya. Ummi tak marah, kak ngah dah usaha dan doa. Result tu tetap kena ambil, walau jauh mana kak ngah nak lari sekalipun. Jom ummi temankan masuk dewan"

Di dewan, aku dapat lihat pelbagai reaksi. Ada sahabat-sahabat ku yang ketawa gembira, ada yang sedang menelefon dan ada juga yang sedang berpelukan dengan ibu bapa mereka sambil menangis. Menangis? Gembira atau duka?

"Alamak, macam mana pulak dengan aku nih."

Dari jauh, aku lihat guru kelasku, Puan Azliza melambai tangan kearahku. Aku menyusun langkah kearah beliau. Sesampainya di sana, aku dipersilakan duduk.

"Cikgu, result saya ok tak?" aku tak dapat lagi membendung rasa ingin tahu.

"Agak-agak kamu macam mana?" itu jawapannya. Aduh cikgu ni, main teka-teki pulak. Aku dah la nak terkencing ni, jantung pulak rasa nak tercabut.

"Kalau saya, apapun result saya, saya terima dengan redha. "jawabku ringkas, sekadar menghilangkan perasaan gemuruh.

Guruku tergelak kecil, lantas meletakkan sebuah fail dihapanku.

"Bukalah, result kamu ada dalam fail tu. "

Aku memandang guruku dan kemudian menoleh kearah ummi disebelahku. Ummi tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Bismillahirrahmanirrahim... . dengan tangan kanan, aku membuka perlahan fail merah itu. Serentak itu juga, guruku berkata;

"Tahniah, kamu dapat 7A. Walaupun tak dapat straight A, itu dah cukup bagus dan cikgu bangga dengan pencapaian kamu. Untuk pengetahuan, kamu juga antara pelajar cemerlang sekolah.

Saat itu, tak dapat aku gambarkan perasaan ini. Ummi terus memelukku lantas mengucapkan tahniah. Aku pula tidak henti-henti mengucapkan syukur dalam hati. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih atas nikmatmu hari ini.

Selesai bersalaman dengan guru kelasku, aku pergi mencari rakan-rakan ku. Guruku juga memberitahu bahawa Izzah memperoleh straight A, 12A. Tahniah sahabatku.

Di suatu sudut, aku nampak Izzah dan rakan-rakanlain. Kami berpelukan, mengucapkan tahniah sesama sendiri.

Kami berbual seketika, menunggu rakan-rakan yang lain sambil bercerita arah tujuan selepas ini. Masing-masing dengan pilihan mereka. Ada yang nak sambung form 6, ada yang nak apply maktab dan tidak kurang juga yang mahu terus dalam bidang sains.

Dalam perjalanan pulang, hujan lebat turun. Hujan rahmat, fikirku. Tanganku pula tidak henti-henti membalas SMS yang dikirimkan rakan-rakan dan juga menjawab panggilan dari saudara-mara.

Meraka juga ingin berkongsi kegembiraan yang aku peroleh. Seperti selalu, selepas habis hujan, aku akan menuggu pelangi  muncul. Aku bertuah hari itu, aku berpeluang melihat pelangi. Pelangi yang begitu indah. Subhanallah. Hari ini juga aku dapat pelangi yang baik, iaitu keputusan exam SPM.

Benar lah disebalik ujian, ada hikmahnya. Di sebalik hujan, ada pelanginya. Aku suka kau pelangi!
Aku tersedar ketika telefon bimbitku berbunyi mengalunkan lagu SegenggamTabah dari kumpulan UNIC.

"Eh, bukan no Malaysia ni... Izzah Hanani!!!" Hanya itu yang terlintas difikiranku... Sudah lama dia tidak menelefon, kerana itu aku tidak 'save'kan nombornya. Selama ini, kami hanya berhubungan di Facebook atau YM.

Selepas keputusan SPM diumumkan, dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke negara timur tengah  dalam bidang kejuruteraan. Selepas membuat persediaan selam 3 bulan di INTEC Shah Alam, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar...

Pada hari pemergiannya ke sana, aku tidak dapat menghantar ke KLIA kerana terikat dengan peperiksaan, cuma dia sempat menelefon beberapa jam sebelum pergi.

Katanya "Ingat, pelangi itu indah, ia pasti akan muncul, lebih indah jika kita sabar menunggunya." Kerana Indahnya Pelangi..

Kisah Dua Biji Benih

alt
Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.

Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."

Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat."

Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.
Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.
Kesian...

Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.
Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.
Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda... buka hati... kenali potensi diri!

Nafas Cinta Insyirah

alt
Pandangannya sedikit pun tidak beralih pada hamparan laut di hadapan. Matanya terus memandang dengan jiwa yang kosong. Kedengaran desiran ombak kecil yang menghempaskan diri ke pantai sambil bertemankan keriuhan suara tetamu-tetamu sang laut. Bibirnya menguntum senyuman kecil tatkala terpandang anak lelaki kecil yang sibuk mengutip anak-anak siput di sekitar pantai.
Berdiri di sebelahnya seorang lelaki yang mengekori setiap langkah anak kecil di hadapannya. Mungkinkah ayahnya? Tapi masakan terlalu muda? Mungkin juga abang kepada anak comel itu? Mungkin...
Ah, tidak semena-mena tangisan membasahi wajah Cahaya. Lantas pandangan dijatuhkan pada perutnya yang ditutupi baju labuh, kian membesar setiap waktu. Tidak berayah, tiada siapa, kecuali Cahaya yang putus asa. Airmatanya mengalir deras, jantungnya berdegup kencang. Kakinya lantas mengorak langkah dan terus mara setapak demi setapak.
"Adi, you dah janji nak kahwin dengan I ? Takkan you nak biar I macam ni?"
"Hey perempuan.. aku nak letak muka aku kat mana kalau aku kahwin dengan kau? Entah-entah dia bukan anak aku.. entah jantan mana punya pasal aku pula jadi mangsa."
"Sumpah Adi, I tak pernah buat kat orang lain. Apa ni? Mana janji-janji you selama ni? Gara-gara you, I pregnant sampai dibuang keluarga. Gara-gara I cintakan you lah I jadi macam ni."
"Oh... kau ingat bila keluarga kau dah buang kau, kau boleh suka-suka tinggal dengan aku? Sorry... aku pun tak nak nasib sama dengan kau.. aku masih muda lah Cahaya. Takkan aku nak jaga anak pulak?"
"So, you memang tak cintakan I lah? Selama ni you just main-mainkan I?"
"Bukannya masalah aku... kau yang terlalu percaya sangat. Dasar perempuan murah."
"Apa you kata? Eh,Adi...sedarlah diri sikit, kalau you kata I perempuan murahan, you pun lelaki murahan, takde beza."
"Baguslah kalau kau dah kata macam tu.. sebab lelaki yang kau kata murahan ni langsung takde hati kat perempuan murahan macam kau. Sekarang baik kau pergi mampus dengan anak sialan kau tu."
"You yang bawa sial kat I. Kurang ajar punya jantan. You dah musnahkan hidup I. Bodoh!"
Kereta dipacu laju dan meninggalkan Cahaya yang terkulai dengan seribu tangisan. Peristiwa yang baru beberapa jam berlalu, masih terasa bahangnya dalam jiwa. Gejolak dalam hatinya tiada siapa yang peduli. Papa?Mama?Ah...semuanya meninggalkannya terkapai-kapai lemas dalam luka yang ditanggungnya. Penyesalan yang kini memakan dirinya. Kini, hanya ditemani denyutan bayi yang tidak diminta hadirnya.
Langkahnya terus mara melangkah setapak ke hadapan, ditemani bayi hasil daripada taburan janji cinta palsu lelaki hipokrit. Mara setapak lagi dan kini air mula membasahi separuh betisnya. Tangisan dan sedu terus mengiringi aturan langkahnya . Semakin lama jasadnya dibasahi air mata dan menenggelami lebih separuh tubuhnya. Nyawanya kini bagai tiada nilai. Kini yang ada di sudut jiwa dan fikiran hanyalah mahu menemui kematian. Biar laut menjadi saksi kedukaan sang pencinta yang berdosa. Biarlah laut melemaskan jasadnya sebagaimana cinta melemaskan seluruh jiwanya. Cahaya memejamkan mata.
'Tiada gunanya hidup lagi anakku, saat dunia membenci kehadiranmu. Maafkan ibu.'
Cahaya menarik nafas sedalam-dalamnya dan berharap nafas itulah yang menjadi titik noktah dalam hidupnya. Biarlah aku pergi...
Pergi dari kelukaan...
Pergi dari semuanya...
Tiba-tiba tubuhnya disentap dari belakang dan ditarik keluar dari isi lautan, tidak semena-mena dia terbaring di tepi pantai. Cahaya bernafas tercungap-cungap. Sementara lelaki yang basah kuyup dihadapannya memandangnya dengan pandangan tajam. Titisan air dari rambutnya masih menitis dan jasadnya benar-benar bermandikan air laut petang itu. Kenapa saat-saat dia mahu membunuh diri pun masih ada halangan yang menerpa?
"Awak, banyak lagi cara lain nak selesaikan masalah, tapi bukan dengan cara ni. Awak patut fikir kesihatan bayi dalam kandungan awak tu. Jangan kerana kebodohan awak, anak yang tak bersalah pun menanggung sama."
Suara yang dilontarkan dari bibir pemuda itu menambahkan lagi hirisan luka dalam jiwanya. Jeritannya yang berbaur kemarahan tetapi masih berlapiskan kesedaran.
"Senanglah awak cakap, bukan awak yang menanggungnya. Saya yang rasa, saya yang merasai kesakitan ni, saya dah tak ada sesiapa lagi, jadi apa bezanya kalau mati sekalipun?" Bentakku melontarkan rasa yang terpendam di hati. Perkataan 'mati' itu sengaja ditekankan sebutannya.
"Ya...saya faham. Saya tak rasa semua kesakitan awak, tapi saya dapat rasakan kesedihan anak yang awak kandung tu. Allah dah berikan dia nadi dan kasih sayang dari awak, tapi ibunya sendiri yang ingin membunuhnya. Anak mana yang mampu terima semua tu? Awak silap kalau awak rasa mati lebih baik."
"Huh...awak ingat saya kisah semua tu? Pergi jahanamlah ceramah awak tu."
"Saudari, saya tiada niat sedikit pun nak menzalimi saudari, niat saya cuma nak membantu. Seandainya awak menolak niat baik saya, sekurang-kurangnya benarkan anak dalam kandungan tu menerimanya. Itu saja saya mahukan daripada awak."
"Kenapa awak ambil peduli dengan anak dalam kandungan ni? Awak bukan ayahnya. Ayahnya sendiri tidak mengaku, apa lagi orang luar yang baru saya kenali? Lagipun, untuk pengetahuan awak...bayi dalam kandungan ni anak yang akan lahir tanpa perkahwinan yang sah. Orang kata anak haram. Melahirkan anak ni samalah menambahkan lagi kedukaan kepada anak ni."
"Anak dalam kandungan tu tak bersalah. Anak tu tetap lahir dalam keadaan suci. Bertaubatlah saudari, Allah masih memberi kasih sayangnya dengan memberikan awak nyawa untuk terus hidup dan nafas untuk terus kekal dalam dunia yang sementara ni. Saya peduli anak tu sebab..."
Katanya terhenti di situ. Cahaya mengangkat kening meminta kata-kata lelaki itu diteruskan. Dia mula meragui keikhlasan lelaki dihadapannya. Malangnya, ketika itu muncul kelibat budak lelaki comel tadi menerpa ke arah lelaki itu dan memegang erat tangannya. Mata budak itu merenung Cahaya. Renungan yang menghantar rasa sebak di ruang hati Cahaya.
"Abang tak nak ajak kakak ni balik sama ke? Kesian dia bang...jom la kita balik, nanti umi marah pula."
Gesa budak itu sambil terus menarik tangan Cahaya. Saat itu Cahaya hanya mampu menurut, terdiam dan terpana dengan tindakan anak kecil itu. Budak lelaki itu terus tersenyum sambil kedua-dua belah tangannya berpaut pada genggaman tangan Cahaya dan lelaki tadi. Cahaya terkedu namun membiarkan sahaja langkahnya menuruti mereka.

*****

Niatnya untuk menyatakan kemaafan pada lelaki itu terpadam lagi. Kelibat lelaki itu tidak kelihatan di rumah. Kemana agaknya Adam dan Aiman pergi saat-saat malam begini? Cahaya resah. Dirinya tidak dapat duduk betah. Sekejap menghadap ke kiri, sekejap menghadap ke kanan. Sekejap bangun menuju ke pintu dan sekejap lagi dia duduk kembali ke katil. Tanpa disedarinya tingkah lakunya diperhatikan umi.
"Kenapa nak? Tak selesa ke?" Umi yang bertelekung duduk di sisi Cahaya.
"Tak de la makcik. Bukan macam tu.." Bagaimana harus ku luahkan pada Umi tentang niatku?"
"Umi lihat dari tadi Cahaya mundar mandir dalam bilik. Anak sakit?"
"Tak, makcik."
"Panggil saja umi, kan lebih senang. Ya tak ya, anak ni namanya siapa?"
"Cahaya."
"Nur ke Nurul?"
"Tak...Cahaya Danisha."
"Subhanallah, cantik nama tu. Cahaya.."
Cahaya tersenyum hambar, seakan nama itu amat bertentangan dengan dirinya yang baginya sudah kehilangan cahaya. Cahaya hidup, cahaya cinta. Kedua-duanya telah hilang cahayanya.
"Eh, kalau Cahaya nak solat, telekung ada atas meja tu. Umi dah suruh Aiman letak kat situ tadi."
"Solat? Solat apa?"
"Solat maghrib? Solat lima waktu?" Soalannya tadi dijawab dengan soalan dari umi.
'Ah, yang aku tahu cuma solat lima waktu, tapi maghrib tu solat ke berapa, niat solat, malah wudhu' pun Cahaya tidak tahu.' Cahaya tunduk dan berasa dirinya dihempap soalan yang mengunci lidahnya. Keluarganya selama ini tidak menitikberatkan soal agama. Bagi mereka syahadah itu sudah cukup membuktikan mereka Islam. Cahaya dihantar ke sekolah aliran Cina. Sekolahnya tidak mewajibkan para pelajar mendekati ilmu agama secara praktikal. Cukuplah dengan menghafal teori dan dia kerap kali terkeliru dengannya. Memang sepatutnya agama itu bukannya pelajaran teori. Tetapi pelajaran yang  harus hadir bersama akal dan hati. Perlu dihayati dan diamalkan.
"Umi...Cahaya tak pernah solat. Bukankah solat itu dilakukan bagi yang bersedia sahaja?"
"Masya Allah...bila agaknya Cahaya rasa bersedia untuk solat?"
"Entah...Cahaya tidak pandai solat umi. Selama ni Cahaya tidak pernah diajak ataupun disuruh solat. Tapi Cahaya tahu Cahaya orang Islam. Cahaya tahu ucap syahadah."
"Islam bukan hanya pada mengucap syahadah, tapi mengamalkan maksud disebalik syahadah tu. Tapi Umi tak salahkan kamu...sekarang ni Cahaya belajar dengan umi, ya? Kita belajar perlahan-lahan."
Cahaya menganguk dan tidak semena-mena tangisan keluar dari matanya. Umi didakapnya sebak. Di mana lagi harus aku cari insan yang tidak mempertikaikan kejahilan dalam dirinya dan terus memandangnya sebagai hamba Allah yang benar-benar memerlukan hidayah. Ya Allah...sesungguhnya semua ini mempunyai hikmah.
*****

Usai solat maghrib berjemaah berimamkan Adam, Cahaya mengambil masa untuk membaca Tafsir Al-Quran milik Adam di atas meja bilik itu. Dia masuk ke dalam bilik dan mula membaca Tafsir Al-Quran tersebut.
Bacaan surah Al-Insyirah dibacanya walaupun masih tersekat-sekat. Diulangi dan dibacanya lagi secara perlahan-lahan. Sehingga ayat 5 dan 6.
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
Bacaan cahaya terhenti sebentar. Mengamati makna bacaan surah Insyirah. Hatinya tiba-tiba sahaja diruntun kesedihan yang teramat. Lantas diulang ayat 5 dan ayat 6 itu diiringi tangisan kecil. Setelah itu, disudahkan bacaan dengan bacaan Al-fatihah dan selawat nabi yang diajarkan umi kepadanya. Perlahan-lahan kitab kecil itu ditutup, diangkat dan dicium ke dahi. Telekungnya bertemankan air mata pada malam itu. Ayat itu benar-benar meresap ke dalam jiwanya. Membelai hatinya yang gelisah. Lantas dia keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.
Adam dilihat termenung memandang skrin komputer riba di hadapan sambil Aiman khusyuk membuat kerja sekolahnya. Cahaya perlahan melangkah membawa kandungan yang telah berusia empat bulan. Dia duduk di kerusi hujung. Jauh sedepa dari Adam.
"Eh, Cahaya? Tak tidur lagi ke?"
"Tak mengantuk lagi." Cahaya mencari kelibat umi. Mungkin sudah masuk tidur agaknya.
"Awak nak guna tak?"
Ujar Adam sambil menunjukkan komputer ribanya. Lantas dia memberi ruang dan duduk di kerusi sebelah Aiman. Cahaya sekadar menggeleng.
"Takpe...awak gunalah dulu, saya ke dapur buat air. Awak nak minum air Milo tak?"
"Eh, tak perlulah susah-susah. Saya boleh buat sendiri."
"Tak pe, tak susah pun, cuma letak Milo, gula dan bancuh air panas. Siap. Senang je kan?"
Cahaya tergelak kecil mendengar jawapan Adam. Aiman pula mengangkat muka memandang wajah abangnya.
"Abang...air Milo satu lagi untuk Aiman."
"Amboi! nak jugak. Baiklah Man..." Aiman tersenyum manis. Cahaya mula mengangkat tubuhnya dan duduk menghadap skrin komputer riba Adam. Kelihatan laman sosial 'Facebook' dan profil milik Adam terpampang di skrin. Satu persatu dibacanya. Adam Hafizy. Gambar anak palestin dijadikan gambar profil. Lantas matanya beralih ke status Adam.
'Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Tagaabun:11)
Indah. Terlalu indah ayat Al-Quran yang menjadi status Adam di saat itu. Hatinya terus melagukan zikir.
Sebak di dada Cahaya sehingga matanya mula digenangi titisan berkaca. Semua yang berlaku dengan izin Allah atas kelemahan dirinya. Betapa sebelum ini dia buta pada syahadah yang dilafaznya. Betapa rugi dirinya tidak mengenal 'alif ba ta' pada usia muda. Betapa malang dirinya menggadaikan cinta pada nafsu dunia.
Astaghfirullahal'azim..ampunkan hambaMu ya Allah..
"Ini air Milo untuk awak dan ini untuk Aiman. Tapi Aiman siapkan dulu kerja sekolah tu."
Air Milo panas diletakkan atas meja makan yang jauh sedikit dari ruang tamu. Adam duduk di situ sambil memerhatikan Cahaya dari jauh.
"Terima kasih, abang." Ujar Aiman sambil matanya tidak lari dari buku teks sekolah di hadapannya. Dia begitu leka menulis.
Cahaya berdiri dan duduk berhadapan dengan Adam.
"Terima kasih, awak." Suara Cahaya perlahan keluar di bibirnya. Membaca basmallah dan menghirup air Milo panas. Adam hanya tersenyum dan turut meneguk minumannya.
"Cahaya ada facebook tak?"
"Ada." Jawab Cahaya. Pendek.
"Cahaya add la saya..log out je account saya tu."
"Awak tak nak guna ke?"
"Takpe...saya memang nak biar awak guna. Takut awak bosan nanti, pergilah."
Kalau boleh biarlah Cahaya duduk sahaja di situ. Bukan apa, dia sememangnya hilang minat untuk melayari laman sosial 'Facebook'. Tapi disebabkan Adam mahu dirinya di tambah sebagai rakan, terbuka juga langkah dan niatnya untuk mengemaskini akaun profil laman sosial itu.
Sebaik sahaja log in ke akaun Cahaya berjaya, terpampang gambar dirinya dan Adi tersenyum berpegangan tangan bersama. Hatinya terasa seperti dicucuk besi panas. Sakit hatinya apabila melihat profil dihadapannya. Dengan segera dia memadam semua album lama bersama Adi, dan menukar gambar profilnya kepada apa-apa sahaja gambar simpanan Adam di komputer riba itu. Kalau gambar bunga atau gunung sekalipun dia tidak kisah. Biarlah...Asalkan bukan gambar jantan tak berhati perut itu. Setelah itu dia menghilangkan kewujudan 'jantan' itu dari senarai rakannya. Puas...
Biar sejarah itu terpadam di ingatan dan di mana-mana sahaja. Mengingatinya menambahkan lagi rasa benci di hati, menghilangkan ketenangan dalam diri. Dia mahu segera melupakan ingatan pahit yang pernah hadir dalam hidupnya.
Kali ini bibirnya mengukir senyuman. Senyuman kemenangan apadila berjaya membersihkan memori hitam daripada profilnya. Lahirlah Cahaya yang baru. Cahaya Danisha. Status...single, tag pada profilnya 'Islam is the light'.Statusnya:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.(Al-Insyirah )"
Bibirnya tersenyum lagi. Surah Al-Insyirah ayat 5 dan ayat 6 itu menjadi status pada halamannya. Sungguh, dia benar-benar cintakan ayat daripada kalam suci Al-Quran. Matanya beralih sebentar melihat kelibat Adam yang duduk di meja makan, Adam begitu khusyuk dengan buku di tangannya. Entah buku tebal apakah yang dipegangnya. Lantas pandangan dialihkan pula pada Aiman yang kini sedang menikmati air Milo.Tentu kerja sekolahnya sudah siap. Terleka benar dia dengan facebook ini. Hilang mengantuk dibuatnya. Patutlah remaja sekarang aktif dengan laman sosial paling popular ini. Malah mereka menganggapnya sebagai 'open diary' hidup mereka.
Tiba-tiba, idea menjelma saat terpandang Adam tadi. Lantas jarinya menekan satu klik pada butang mesej. Jarinya ligat menekan kekunci huruf dan membentuk ayat. Mengamati sepenuh hatinya dan menekan butang 'hantar'. Sesudah itu, dia kembali ke meja makan dan duduk kembali bersama Adam dan Aiman. Bertiga.
"Abang, esok abang nak pergi pukul berapa?" Soal Aiman dan memandang ke arah Adam. Cahaya kembali menikmati minuman kegemarannya. Adam menutup buku tebal itu dan menandakan dengan sekeping kertas biru.
"Awal sikit la. Jam 8."
"Pergi mana?" Tanya Cahaya ingin tahu.
"Abang Adam balik KL. Abang kerja kat sana. Cuti sebulan abang dah habis. Dua minggu sekali baru balik kampung. Kadang-kadang, dalam sebulan tiga kali." Adam mengiyakan jawapan Aiman.
"Oh..kerja." 'Kerja apalah agaknya?' Hati Cahaya tertanya-tanya.
"Alhamdulillah, saya kerja biasa je Cahaya. Pensyarah." Ujar Adam sekali gus menjawab pertanyaan Cahaya yang tidak terlahir pada bibir.
"Alhamdulillah..baguslah tu awak. Tak macam saya,belajar sampai ijazah pun masih tak ada kerja. Selama ni terlalu berharap sangat dengan family."
"Wah..takpe la, InsyaAllah...awak akan dapat kerja yang baik Cahaya. Dulu awak ambil bidang apa?"
"Lebih kepada business."
"Nabi kita kata, 9/10 rezeki datang daripada perniagaan."
"Insya Allah, kalau cukup modal lebih baik buka perniagaan sendiri. Dapatlah berikan kehidupan yang baik buat anak-anak nanti."
"Ya. InsyaAllah. Eh,awak dah tak nak guna ke?" Adam menuding jari ke arah komputer ribanya.
"Takpelah..lagipun saya nak berehat."
"Baiklah...Aiman, kamu pun dah boleh masuk tidur, jangan lupa ambil wudhu sebelum tidur."
Mata Aiman kecil sedikit. Mengantuk. Cahaya pula berdiri dan mengangkat cawan-cawan kosong untuk dicuci. Itulah kebiasaan anak-anak umi. Berwudhu' sebelum tidur. Pesanan umi itu turut disemai dalam hatinya. Kata umi, selain membersihkan diri, wudhu' juga boleh membersihkan jiwa. Ketenangan akan terasa semasa tidur, kita akan sentiasa mengingati Allah dan mudah untuk memujinya. Dapatlah menghindari tidur dengan hati yang lalai.
"Cahaya, takpe...biar saya yang buat. Awak pergilah berehat." Adam mengambil kesemua cawan yang diangkat Cahaya tadi dan terus menuju ke dapur. Cahaya terkaku sebentar.
'Semoga Allah merahmatimu Adam, kau terlalu baik dengan insan jahil seperti aku'. bisik hati Cahaya lalu melangkah masuk ke dalam kamar.
*****
Sunyi.
Adam kembali pada komputer ribanya. Dia masuk ke halaman facebook miliknya. Tertera satu 'permintaan menjadi rakan' dan satu mesej. Dia terlebih dahulu menekan butang bersetuju meneriman Cahaya Danisha menjadi rakan. Jarinya membuka profil Cahaya Danisha. Cantik namanya, puji naluri Adam. Bibirnya tersenyum panjang saat melihat gambar profil Cahaya yang merupakan gambar 'bunga teratai' yang tentunya dimuat turun dari fail 'my pictures' yang terdapat di dalamkomputer ribanya. Tentu dia menukar gambar profilnya tadi. Lantas dia memberikan cadangan gambar anak perempuan palestin berhijab sambil tangannya memegang senjata sebagai ganti gambar teratai yang agak umum itu. Dia teringat kembali peti masuknya. Dia membuka mesej yang datang dari...
Cahaya? Dia menoleh ke arah meja makan, melihat tempat dimana Cahaya duduk tadi. Ah, kenapa dia tidak bersuara sahaja, tidak perlulah menghantar mesej! Matanya kembali menatap mesej ringkas itu.
Assalamualaikum,
Tentu awak terkejut sebab saya hantar mesej kat awak. Kadang-kadang sesuatu yang jauh dari dasar hati, walaupun terbit daripada emosi, tapi sukar diluahkan dengan kata-kata. Sepanjang sebulan bersama awak,umi dan Aiman.Alhamdulillah...
Saya bersyukur sangat kerana emosi dan jiwa saya dibalut dengan ketenangan. Ketenangan yang tidak sama dengan hidup berbalut kemewahan, takkan sama dengan kebahagiaan yang lain. Tapi, jauh di sudut hati...saya belum pernah menyatakan kemaafan saya atas kekasaran kata-kata saya sebulan lepas.
Benar, betapa kejahilan yang mendalam menyelubungi saya pada masa itu. Kalau bukan kerana Allah utuskan awak menyelamatkan pendosa yang hina ini,tenggelam dan lemas dalam nafsu dunia, tak mungkin saya masih bernyawa sehingga ke hari ini. Mulanya saya sememangnya tidak lagi redha atas kewujudan bayi ini, tapi Alhamdulillah... Syahadah jugalah yang menyelamatkan saya. InsyaAllah, walau apapun berlaku, saya akan tetap menyayangi anak yang akan lahir dari rahim ni. InsyaAllah... Saya yakin akan apa jua yang berlaku semuanya mempunyai hikmah. Kehidupanlah yang mengajar dan yang tersasar akan diberi pengajaran agar tetap pada jalanNya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga awak. Tentu umi sangat bangga mendapat anak sebaik Adam dan Aiman. Doakan saya supaya terus membuat kebahagiaan dunia akhirat. Sekali lagi saya memohon maaf atas kejahilan saya.
(Malah bilik awak pun dah diceroboh orang asing seperti saya. Saya minta maaf banyak-banyak.)

Salam Maaf.
Adam mengetap bibir. Sedikit pun tidak ada kesalahan yang dilakukan Cahaya padanya. Malah dia tidak memandang Cahaya pada masa lalunya, tetapi dia melihat Cahaya itu pada ketabahannya meneruskan kehidupan. Pada cintanya yang mengejar Cinta Illahi. Pada rindunya yang bersinar saat melagukan zikir dan selawat. Ketenangan yang tetap dirasai pada sesiapa sahaja yang memandang Cahaya. Teduh wajah Cahaya disirami sopan bicaranya. Jauh berbeza dengan Cahaya yang ditemuinya di pantai sebulan lalu. Subhanallah, sesungguhnya kuasa Allah tiada batasnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Gadis yang mahu membunuh diri dan jiwanya itu kini amat menyintai tarbiyah daripada Allah.
*****

Matanya memandang beg berisi komputer riba di hadapannya. Melayani kebosanan yang mula bertapak, dia memasang komputer riba dan melayari internet melalui wireless di rumah. Membuka email yang semalam telah pun dikemaskini. Terdapat sepuluh email yang belum dibaca. Semuanya dari laman social yang popular itu. Satu persatu dibuka.
Terdapat dua mesej tertera di Facebooknya. Satu daripada sahabat lamanya, Dayana dan satu lagi tentu balasan mesej daripada Adam. Dia menukar gambar profilnya kepada gambar anak palestin yang dicadangkan oleh Adam. Cantik dan sayu. Tapi Cahaya suka dengan gambar barunya.
Email yang lain dibiarkannya. Mesej dari Dayana dibuka dan dibaca teliti.
Salam Caya..
Ke mana kau menghilang?? Dah lama tak nampak kau. At least tell me where are you now. Kau tahu kan aku risau sangat dengan kau, Caya. Aku dapat tahu yang kau dihalau keluar dari rumah, adik kau yang beritahu aku. Adi sekarang pula dengan perempuan lain, kau kenal Nadia kan? Ha..sekarang diorang dah couple!! Tak sangka Nadia yang kita percaya tu tikam kau dari belakang. Benci!  Perempuan tak guna! Kalau kau baca mesej ni please reply as soon as possible. Aku sedia bantu kau. Biar kita balas perempuan tu.
Cahaya membalas mesej dari Dayana. Entah kenapa, tidak terbit langsung rasa benci dalam hatinya di saat mengetahui Nadia menggantikan tempatnya sebagai kekasih Adi. Malah, dia memanjatkan rasa syukur yang teramat kerana terlepas dari 'buaya darat' itu, walaupun sepatutnya Adi bertanggungjawab dengan anak yang dikandungnya. Tetapi kini, harapan itu telah lama terkubur. Biarlah, dia lebih rela membesarkan anak ini sendirian. Selesai menghantar balasan, Cahaya segera membuka mesej dari Adam.
Waalaikumussalam..
Cahaya...saya tahu awak pun akan terkejut sebab saya biarkan laptop ni untuk kegunaan awak. Saya risau awak bosan bila tak buat apa-apa. Saya dah sediakan buku atas meja bilik tu. Harap awak sudi membacanya. Umi tak nak awak terlalu banyak bergerak,sebab tu kalau ada buku dan laptop ni sedikit sebanyak dapat hilangkan boring.
Cahaya...Saya sangat suka dengan nama awak yang unik. Sepanjang mana pun sebutan 'cahaya' tapi saya suka. Eh, dah lari tajuk pula, hihi.. Tentang kejadian di pantai dulu, semuanya berlaku atas izin Allah. Tidak tersimpan sedikit marah atau dendam pun tentang awak. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Awak pun sedikit sebanyak mengajar saya tentang kehidupan. Ketabahan awak sukar ditemui.
Cahaya...Terjaga dari tidur tidak sama dengan terjaga dari mimpi. Jika terjaga dari tidur, kita akan bangun dan tidak merasakan sesuatu seperti terjaga dari mimpi. Kita seakan dikejutkan dan diminta bermuhasabah diri. Andai mimpi itu mimpi buruk, kita pasti beristighfar dan mencari nilainya yang positif. Andai terjaga dari mimpi indah kita akan bersyukur dan berharap tidak akan terleka darinya. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah... Dia memberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Bersabar dan pasti kita akan menemui ganjarannya.
Cahaya...untuk pengetahuan awak. Kehadiran awak di rumah serba sederhana dan penerimaan awak pada kesederhanaan itu cukup bermakna buat kami. Sedikit sebanyak kehadiran Cahaya memberi nafas baru buat kami. Malah umi selalu memuji Cahaya pada Adam. Kesungguhan awak mendekati ilmu agama benar-benar dikaguminya. Lihat sahaja diluar sana, berapa orang yang akan bangkit selepas dilanda musibah dan ujian dari Allah? Malah terlalu sedikit yang mahu bersyukur dan kembali ke jalan yang benar. Sedangkan pintu taubat masih terbuka, kemaafan Allah lebih besar dari segala dosa di muka bumi. Subhanallah..
Cahaya... Awak tak perlulah rasa bersalah. Awak bukan menceroboh bilik tu, saya dengan rela hati beri bilik tu kat awak. Harap dapat beri sedikit keselesaan dengan bilik yang tak seberapa. Lagipun awak bukannya orang asing. Selagimana kita seagama, kita adalah saudara. Jangan lupa add ym saya. Adam_Hafizy86@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Kelak kita boleh bicara lebih panjang. Saya dah titipkan pesanan pada Aiman, kalau awak nak Milo atau apa-apa, awak boleh minta tolong kat adik comel kita, Aiman. Jaga diri baik-baik.
Salam ukhwah Cahaya.
Cahaya tersenyum dan tertawa dalam tangisan. Sempat juga Adam ingat tentang 'air Milo' minuman kegemarannya.
Adam...Adam...Tanpa kehadiran awak di rumah ni pun awak masih mampu membuat Cahaya tersenyum. 'Hebat betul aura awak Adam!'
Cahaya bergegas bangun dan menuju ke ruang kamar, terasa ingin tahu yang membuak-buak di dadanya. Buku apakah yang ditinggalkan Adam buatnya? Pandangan tertumpu pada buku itu. Buku tebal?
Ya...buku tebal yang berwarna biru. Buku yang dibaca oleh Adam semalam, baru kini dia melihatnya dengan jelas judul bukunya. 'La Tahzan' Jangan bersedih. Buku yang benar-benar menarik hati. Diselaknya perlahan. Tertera sedikit tulisan tangan dari Adam.
~Khas buat Cahaya yang kami sayangi
La Tahzan..Sesungguhnya Allah bersama kita
Cahaya terharu. Dipeluk buku itu ke dadanya. Hatinya benar-benar terusik. Titisan jernih mengalir lagi.
"Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allah bersamaku." Sebutnya dalam sebak.
*****

Aku Cuma An-Nisaa
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
*****
"Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, sesuatu yang baik belum tentu berakhir dengan baik. Begitu juga sesuatu yang buruk belum tentu berakhir dengan derita. Apa yang penting ialah tanamkan cinta pada Allah, pada jalanNya. Keyakinan pada Allah harus melebihi daripada keyakinan kita pada diri sendiri, malah pada orang lain. Memanglah mudah untuk kita berkata dan payah untuk melakukan. Memanglah mudah untuk jatuh rebah dan susah untuk bangun kembali. Memanglah mudah untuk berbuat amal tetapi payah pada istiqamah. InsyaAllah, semuanya terletak pada kekuatan hati yang turut dipandu oleh akal kita. Akal yang bertunjangkan iman dan ilmu. Kita sering berbicara tentang taubat dan bila masa sesuai untuk dilakukan. Seandainya rasa cinta itu wujud, pasti akan ada jiwa hamba yang rindu beramal dengan Maha pencipta. Lihat sahaja pada nadi, selagi nadi berdenyut, selagi nafas menghembus, pintu taubat masih terbuka buat hambaNya. Tetapi kesombongan kita yang membawa kita malu untuk bertaubat pada hari ini. Keegoan kita yang menarik kita untuk bertangguh pada hari esok, kejahilan kita yang membuat kita berfikir akan selalunya ada hari esok. Seandainya dosa itu dapat dilihat, pasti kita dipenuhi dengan noda. Seandainya pahala itu dapat dilihat, pasti diri dikabus dengan riak. Para pencinta Illahi itu pemalu, malu menzalimi diri yang hanya pinjaman dari Nya. Para pencinta jihad fisabilillah itu penakut, penakut pada mati tanpa berjuang menegakkan agama Allah. Para pejuang syahid itu pengecut, pengecut kepada mati tanpa mengingati Allah."
Panjang bicara Cahaya pada petang itu sempena undangan sahabat baiknya, Damia. Pertemuan di atas takdir Allah telah menyatukan minat mereka untuk bersatu dalam jihad.
Cahaya turut menguruskan butik dan kadangkala meluangkan masa untuk hobinya yang minat dalam bidang penulisan. Sebuah novel bertajuk 'Nafas cinta Insyirah' berjaya diterbitkan dengan izin Allah dan diedarkan secara percuma kepada penghuni Rumah Annisa. Malah hasil keuntungannya akan diberikan separuh kepada rumah perlindungan Annisa. Terbit kukuh di dalam hatinya, jihad untuk memperbaiki diri sendiri dan jihad untuk memperjuangkan jalan mencari cinta Allah.
Insyirah... Cinta kali pertamanya pada kalamullah surah Insyirah dan kemudian dipilih sebagai nama anak perempuannya. Adam yang duduk di hujung dewan setia menanti isterinya selesai sesi usrah dengan penghuni rumah kedua mereka, Baitul Annisa.
"Bantu-membantu lah antara kamu atas urusan kebaikan dan taqwa, dan jangan lah pula kamu bersubahat membantu dalam urusan dosa, keji dan permusuhan.(Al-Maidah : 2)
Dan Saidina Ali bin Abu Talib pula pernah berkata :
"Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat & tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Di kala yang lain pula ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat,tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai (kepada kebaikan). Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah & menyesal lebih dari perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takbur & angkuh. (Ibnu Athaillah)..

Imam Dan 20 Sen

alt
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik...

Kawan Punya Crita

Aku x kisah lah korang nk kwan ngn aku ke x.. Klu korang x nk kwn ngn aku pon..aku still ad bff aq.. Slama nie aku x pnah kacau korang pon..asal tetibe jumpa aku n then kata aku byk mengata kat korang.. Bagi sape2 yg trase nie..sory lah.. N 4 ur information..korang yg byk mengata kat aku..aku mls nk gaduh ngn korang..slama nie aku diam jew.. Kwan yg slama nie aku aggp mcm bff aku pon sama..pelik lah diorang nie..

Klu sape2 yang anggap aku nie musuh korang..anggap lah mcm 2 sampai bla2..aku x kisah ckit.. Skrg nie korang wat la hal korang sendri..malas aku nak masuk campur..korang wat hal korang sendiri & aku wat hal aku sendiri.. senang kan?? Pasal lelaki tak guna tu..lantak kat dye..lagipun lelaki tu x da kena mengena dengan hidup aku.. kick out!!

Pendek crita..aku maaf kan sgala kesalahan yang korang pernah buat dekat aku..aku jenis perempuan yang tak suka simpan dalam hati tapi a little bit tu ade lah..harap lepas nie dapat kawan yang jenis tak buat fitnah sudah..tapi apa2 pon..cermin lah diri korang sebelum korang mencerminkan diri orang lain..

idzlyn, idzryn, syafawati & afiqah bestfren forever..hehe

Hati Ini Diibaratkan Sebagai Paku Yang Dilekat Didinding

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?